Syarat-syarat lafaz khulu’

Syarat-syarat lafaz khulu’

Syarat-syarat lafaz khulu’
Syarat-syarat lafaz khulu’

 

Para ulama mazhab menjelaskan lafaz dan syarat-syarat khulu’ secara terperinci

Mazhab Hanafi

kami telah menyampaikan kepada anda bahawa lafaz talak terdiri dari tujuh. Dan yang terpenting saat ini adalah mempelajari hukum yang berhubungan dengan setiap lafaz tersebut dimana sahnya setiap lafaz tersebut tergantung kepada kesepakatan isteri ia juga harus mengetahui makna khulu’ sementara jika seorang isteri menawarkan khulu’ dengan bahasa asing, sementara suami menerimanya tanpa mengetahui kalimat tersebut adalah khulu’ maka jatuhlah talak ba’in. perlu diketahui bahawa khulu’ bagi pihak lelaki adalah sumpah jika ia memulai khulu’ dengan berkata: aku mengkhulu’mu dengan bayaran seratus maka ia tidak memiliki hak untuk merujuk ucapannya, ia juga tidak memiliki hak membatalkan atau melarang isteri untuk menerimanya. Dan ia harus menyerahkan sepenuhnya kepada persetujuan isteri.

Sementara khulu’ bagi pihak wanita adalah ganti rugi harta kerana ia memberikan sejumlah harta kepada suami yang menjatuhkan talak. Demikianlah makna pemberian ganti rugi diantara kedua belah pihak dimana pihak pertama memberikan sejumlah harta dengan jalan kepemilikan, sementara pihak kedua memberi harta sebagai pengganti kepemilikan harta trsebut. Jika keadaannya demikian maka suami boleh merujuk kembali khulu’ tersebut sebelum isteri menerimanya.

Mazhab Maliki

ada tiga syarat lafaz khulu’ diantaranya:

1- Harus memiliki lafaz iaitu dengan mengucapkan kalimat yang menunjukkan makna talak sama sahaja apakah dengan lafaz sindiran atau yang jelas
2- Penerimaan tersebut dilakukan dalam satu majlis kecuali jika suami menggantungkan khulu’ tersebut dengan suatu pelaksanaan.
3- Antara hubungan ijab Kabul terdapat pemberian sejumlah harta sesuai dengan kesepakatan

Mazhab Syafi’e

lafaz khulu’ adalah setiaplafaz yang menunjukkan talak sama sahaja apakah diucapkan dengan lafaz jelas atau sindiran dan adapun contoh lafaz kinayah adalah lafaz menjual dan membatalkan, jika suami berkata kepada isteri: Aku menjual dirimu untukmu seharga seribu sementara ia berniat menjatuhkan talak lalu isteri menjawab: Aku menerimanya maka lafaz ini disebut sebagai khulu’ yang menyebabkan hak rujuk hilang, sementara ia wajib membayar ganti rugi. Hal serupa jika suami berkata: Aku menfasakh nikahmu dengan harga seribu, lafaz fasakh ini menyebabkan jatuhnya talak sehingga bilangannya berkurang. Adapun contoh lafaz talak yang sarih adalah khulu’ adalah ketika isteri berkata: Ceraikan aku dengan ganti rugi dua puluh, lalu suami berkata: aku menceraikanmu dengan bayaran tersebut maka lafaz ini menyebabkan jatuhnya talak ba’in dengan lafaz yang jelas (sarih) yang dapat menyebabkan talak jatuh tanpa niat jika ia berniat menjatuhkan talak lebih dari satu maka yang dihitung adalah niat tersebut.

Mazhab Hanbali

adapun syarat lafaz khulu’ adalah:

1- Harus terdiri dari lafaz dengan demikian khulu’ tidak sah jika dilakukan dengan isyarat saling memahami walaupun diiringi dengan niat akan tetapi ia harus diiringi dengan lafaz ijab dan qabul
2- Ijab dan qabul disebutkan dalam satu majlis, jika suami berkata kepada isteri: Aku mengkhulu’mu dengan bayaran seperti ini kemudian ia pergi dari majlis tersebut sebelum isteri menerimanya maka khulu’ seperti ini tidak sah, demikian pula jika yang lebih dahulu pergi adalah isteri sebelum menerimanya.
3- Tidak boleh menambahkan lafaz khulu’ dengan bahagian tubuh wanita, jika suami berkata kepada isteri: Aku mengkhulu’ tanganmu atau kakimu seperti ini, lalu ia menerimanya maka lafaz ini dianggap tidak ada kerana khulu’ adalah fasakh bukan talak. Sementara menambahkan ucapan yang menunjukkan fasakh kepada bahagian tubuh wanita tidak dapat dijadikan sebagai landasan hukum berbeza dengan talak.
4- Lafaz tidak digantungkan kepada syarat jika suami berkata kepada isteri: Jika engkau bersungguh-sungguh kepadaku seperti ini maka aku telah mengkhulu’mu maka lafaz ini tidak dapat menjatuhkan khulu’ berbeza dengan talak yang boleh digantungkan kepada syarat.

Baca Juga: