Pembahasan rujuk dan pengertiannya

Pembahasan rujuk dan pengertiannya

 

Pembahasan rujuk dan pengertiannya
Pembahasan rujuk dan pengertiannya

Ar Raj’atun dengan menfatahkan huruf ra menurut riwayat dikasrahkan akan tetapi sebahagian ahli bahasa mengingkari lafaz kasrahnya kerana dengan lafaz ini memiliki makna bentuk sebagaimana yang dikatakan Ibnu Maliki dan perbuatan yang dilakukan satu kali saja seperti halnya kalimat jilsatun dan perbuatan dalam satu bentuk seperti jilsatun, hal ini tidak boleh dinafikan bahawa maknanya adalah salah satu bentuk rujuk akan tetapi hal ini sering sekali didengar. Jika pemakaiannya didengar dengan mengkasrahkan satu kali maka menurut bahasa ia dianggap benar

Mazhab Hanafi – Ar Raj’ah adalah

menetapkan hak kepemilikan secara parmanen tanpa ganti rugi selama seorang wanita masih dalam masa ‘idah. Adapun maksud perkataannya: menetapkan hak kepemilikan: bahawa kepemilikan tersebut adalah hak isteri dan dibimbangkan dapat hilang dengan habisnya ‘idah talak raj’i. Dengan demikian rujuk dapat menghilangkan keraguan tersebut sementara memparmanenkan kepemilikan dapat dilakukan selamanya. Oleh sebab itu ia berkata: kepemilikan parmanen kerana kepemilikan tersebut ada kerana talak raj’i belum terputus dan adapun maksud firman Allah: “dan anak-anak mereka lebih berhak untuk mengembalikan mereka”, maksudnya adalah isteri-isteri mereka lebih berhak untuk merujuk mereka dengan demikian al-Raddah memiliki makna rujuk. Dimana seseorang mempamanenkan kembali kepemilikannya bukan beerti maknanya mengembalikan kepemilikan yang hilang sebagaimana yang dilakukan seseorang ketika kehilangan hak miliknya. Walaupun pada hakikatnya ia tidak hilang dengan perbuatan.

Mazhab Maliki – rujuk adalah

kembalinya isteri yang ditalak kepada hak suami tanpa harus melakukan akad baru lagi. Adapun maksud perkataannya: Tanpa melakukan akad baru lagi: kalimat ini tidak termasuk kembalinya isteri yang telah ditalak ba’in dengan akad baru kerana hal ini tidak dinamakan sebagai bentuk rujuk. Akan tetapi perbuatan ini dinamakan terjalinnya hubungan suami isteri kembali kerana hubungan ini tergantung kepada keredhaan kedua belah pihak.

Menurut sebahagian menyatakan bahawa jika talak rujuk terjadi maka mereka diharamkan bertemu dan bercumbu tanpa niat rujuk dan jika seseorang berniat rujuk maka hukum haram berhubungan tersebut telah hilang kerana pada hakikatnya mereka telah rujuk kembali. Demikian pula jika seorang suami menjatuhkan talak bid’ah sementara ia tidak redha dengan rujuknya, maka hakim berhak memaksa mereka untuk rujuk dengan demikian haramnya bercumbu bagi mereka terangkat.

Mazhab Syafi’e – rujuk adalah

mengembalikan wanita kedalam ikatan pernikahan yang telah ditalak selama penceraian tersebut belum sampai kepada talak ba’in dan masih dalam masa ‘idah. Maksudnya adalah bahawa talak raj’I memyebabkan isteri tersebut haram bagi suami dan sama seperti orang lain. Bahkan ia tidak berhak mencumbuinya tanpa izin isteri tersebut dengan kepemilikannya terhadap isteri berkurang. Dengan demikian rujuk adalah: kembalinya seorang wanita kepada ikatan pernikahan secara utuh sehingga ia boleh dicumbui dan ini adalah pendapat yang lebih hasan

Mazhab Hanbali – rujuk adalah

mengembalikan isteri yang ditalak kepada hak suami tanpa akad nikah selama ia diceraikan diluar talak ba’in. Ini merupakan define yang lengkap dan tidak seorangpun yang menentangnya. Akan tetapi ulama Hanbali berkata: bahawa terkadang rujuk dilakukan dengan lafaz tertentu atau dengan persetubuhan sama sahaja dilakukan dengan niat rujuk atau tidak.

Sumber: dutadakwah.org